KONSEP PAK

TAKRIF PAK

PAK adalah pendekatan pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran yang membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Dalam program PAK, bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Bagi membolehkan murid mendapat maklum balas tentang kemajuan dan pencapaian mereka, program PAK menyediakan pentaksiran kendiri.

PEMIKIRAN TENTANG PAK

Program PAK dibentuk untuk menggalakkan pembelajaran kendiri agar murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan, gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. PAK melatih murid belajar untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif.

PROGRAM PAK DI SEKOLAH

Program PAK mempunyai ciri-ciri yang berikut :
a. Environmen pembelajaran fleksibel, selesa dan tanpa tekanan
b. Bahan PAK dan bantuan fasilitator mudah diakses
c. Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas
d. Kemudahan yang memudahkan murid belajar secara bersendirian atau dalam kumpulan
e. Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan murid
f. Membolehkan murid mentafsir pencapaian sendiri