Pembelajaran Akses Kendiri
Friday, 23 December 2011
LATAR BELAKANG
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah satu program yang membolehkan murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka. Di Malaysia program ini telah diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia secara rintis di sekolah rendah pada tahun 1990 dan di sekolah menengah pada tahun 1995 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Saturday, 17 December 2011
TUJUAN PROGRAM PAK
PAK diperkenalkan dalam sistem pendidikan untuk memotivasikan murid agar mereka bersikap berautonomi, selari dengan aspirasi negara untuk menghasilkan individu bestari;'bestari' dalam erti kata mereka adalah murid terarah kendiri (self-directed) yang dapat menentukan kadar pembelajaran dan akses kendiri. Hasrat ini boleh dicapai melalui persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira prinsip-prinsip luwes, kesepaduan kemahiran dan pengetahuan dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Hasil yang diharapkan adalah murid yang berkemahiran, berketerampilan, berakhlak dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi sosial selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)